resepi truffle ni sebenarnya tak ada resepi yg speseifik. jnji kita letak bahan jd layer. post yg ni, aku nk share resepi truffle ciptaan aku & kakak aku iaitu MULTI LAYER TRUFFLE. sbb pe aku kami bg nama multi layer?sbb ktorg ltak 5 layer. slalunya truffle ad 3 layer je. so, check it out!
Bahan-bahan
1) Cream cheese
2) whipped cream (mentah atau ready made)
3) biskut @ waffle cone (dihancurkan)
4) buah-buahan campur yg dipotong dadu
5) chocolate syrup
*kalau pakai whipped cream mentah, kne pukul dlu smpai kembang & fluffy. kalau pkai ready made, boleh terus guna
Cara-cara
1) campurkan cream cheese dan whipped cream secukupnya. gaul hingga sebati. pastikan whipped cream tidak berlebihan dan adunan tidak terlalu cair.
2) gaulkan biskut @ waffle cone yg telah dihancurkan td bersama sedikit campuran cream cheese & whipped cream td. (cukup2 sebagai base layer)
3) padatkan campuran tadi dlm satu bekas utk menjadi base layer.
4) letakkan buah-buahan sebagai lapisan pertama dan ratakan.
5) letakkan lebihan campuran cream cheese & whipped cream td sbg lapisan kedua dan ratakan.
6) letakkan chocolate syrup dan ratakan
7) letakkan selapis lagi buah-buahan campur td.
8) letakkan selapis whipped cream.
9) jika mempunyai lebihan buah, letakkan lg selapis.
10) taburkan lebihan biskut @ waffle cone td.
11) curah chocolate syrup secukup rasa.
12) tutup bekas dan sejukkan.
*sukatan utk bahan2 tidak dinyatakan kerana anda boleh mengubahnya mengikut suka.
SELAMAT MENCUBA ^_^
No comments:
Post a Comment