Wednesday, December 7, 2011

BLACK PEPPER BEEF STEW

kali ni aku nk share dgn korang resepi beef stew. asalnya, ak nak masak black pepper bese, tp terbanyak lak air, so terus aku tuka jd stew. enjoy :D

Bahan-bahan
1) bawang besar
2) bawang putih
3) halia
4) daging
5) sos tiram
6) kicap manis
7) biji lada hitam (ditumbuk kasar)
8) serai
9) daun limau purut
10) carrot

p/s: aku xletak kuantitinya. ikut suka korg nk letak berapa banyak pun. ikut sedap lidah masing2.


Cara-cara
1) rebus daging. apabila sudah mendidih, kecilkan sedikit api dan reneh daging hingga empuk.
2) sementara menunggu daging, tumiskan halia dan bawang hingga naik bau. ketepikan.
3) setelah daging empuk, masukkan bahan tumisan tadi ke dalam daging yang sedang direbus. kacau rata.
4) masukkan bahan2 lain (lada hitam, sos tiram, kicap manis, serai, daun limau purut dan carrot)
5) tutup periuk tadi (tapi jgn tutup rapat sangat) dan renehkan selama mana yang anda mahu. (minimum 1jam)
6) hidangkan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.


SELAMAT MENCUBA! :)



p/s: ni resepi aku buat sendiri berdasarkan pengetahuan tntang stew y aku tw. try n error :P

2 comments:

Followers