Tuesday, October 25, 2011

Steam Chocolate Cake

wah~da lme ak xpos kt blog ni!haha~sory la guys, idup bz gn study la :P (study la sgt..) haha~xp la..act ak nk bkongsi resepi kek coklat kukus y ak buat..feedback dr classmate sgt memberangsangkan :D thnx 2 all DECOM 3F member :) whoaa~so,spe2 y mnx resepi 2..bule la tgk kt cni ye :)


bahan-bahan:
Bhg. 1
1 cawan susu cair/susu segar/penuh krim (ikut suka)
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila (jika mahu)

P/S: kalau nak kurang manis, boleh kurangkan gula atau kurangkan susu pekat dan lebihkan susu cair/segar/penuh krim.

Bhg. 2
3 biji telur (dipukul)
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh baking powder

P/S: tepung, soda bicarbonate & baking powder diayak bersama


cara-cara:
1) masukkan bahan-bahan Bhg. 1 kedalam periuk, masak dan kacau hingga hilang ketulan serbuk koko. BUKAN SAMPAI MENDIDIH!

2) biarkan bahan yang dimasak tadi sejuk. didihkan air dalam pengukus.

3) setelah bahan yang dimasak tadi sejuk, masukkan sedikit telur dan kacau sebati.

4) kemudian masukkan tepung dan kacau sebati.

5) ulang langkah 3 dan 4 sehingga tepung dan telur tadi habis dimasukkan.

6) masukkan adunan kedalam bekas bertutup, dan kukus selama 1 JAM.

7) setelah siap, potong dan hidangkan ketika masih panas. lebih sedap jika chocolate syrup dicurahkan dan hirisan strawberry diletakkan diatas kek ketika dihidangkan. (mengikut kehendak, bergantung pada kreativiti masing-masing)



P/S: untuk memastikan kek betul-betul masak, ambil lidi atau pisau atau chopstick, cucukan ditengah-tengah adunan da keluarkan semula. jika lidi tadi bersih tanpa ada adunan melekat, bermakna kek sudah sedia dihidangkan. jika tidak, kukus semula hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!! :)

No comments:

Post a Comment

Followers